WAGYU-JAPANESE BEEF PAMPHLET_MALAY
9/24
Kebanggaan Jepun: Sejarah penambahbaikan daging WagyuTercatit di dalam sejarah bahawa lembu telah dibawa masuk ke Jepun sekitar 400 tahun sebelum masihi. Gambar kereta lembu yang dihias mewah yang telah digunakan oleh golongan bangsawan yang terdapat di dalam skrol yang ditulis pada zaman Heian (794 - 1185) membuktikan fakta tersebut.Lembu kemudiannya digunakan dalam pertanian dan orang ramai mula memakan daging lembu selepas era Meiji (1868). Penyelidikan penambaikan baka mula aktif di pelbagai lokasi sekitar Jepun. Disebabkan usaha tanpa mengerti erti penat dan lelah, penternak-penternak tersebut telah berjaya menghasilkan daging Wagyu yang berkualiti tinggi yang tiada tolak bandingnya.Tambahan pula, terdapat baka lembu dengan serat otot halus dengan marmar yang berkualiti tinggi di sebuah pulau di wilayah Yamaguchi yang dikatakan sebagai ‘bapa’ kepada Wagyu moden yang dikekalkan sebagai monumen semulajadi.Wagyu dan tempat pengeluarannyaSejak tahun 1968, ujian lapangan telah dijalankan secara meluas di setiap pusat pemeriksaan lembu untuk memilih anak lembu berdasarkan kecekapan pemakanan dan kemampuan pertumbuhan mereka. Anak lembu jantan tersebut digemukkan dan penambahan berat harian dan kualiti daging mereka telah diperiksa. Pemeriksaan anak lembu jantan ini dijalankan secara tidak langsung. Penternak dari pelbagai kawasan telah berusaha keras untuk mencipta Wagyu yang berkualiti tinggi dengan belajar dari satu sama lain, yang kini berada di pasaran sebagai daging berjenama dari kawasan masing-masing.99
元のページ
../index.html#9