WAGYU-JAPANESE BEEF PAMPHLET_MALAY
20/24

Gyu-donGyu-donNiku-jagaGyu-don adalah hidangan yang sangat popular yang kebiasaannya dijual di restoran makanan segera di Jepun. Lemak daging Wagyu sangat lembut dan rasa enaknya meresap ke dalam nasi.Bahagian potongan yang disyorkan: 2 Rib short rib, Short plate, Shoulder clod, BrisketNiku-jaga (daging dan kentang rebus) adalah hidangan Jepun gaya rumah. Hidangan ini berasal daripada hidangan daging lembu rebus. Wagyu tetap mempunyai tekstur lembut walaupun selepas direbus.Bahagian yang disyorkan: 2 Rib short rib, Short plate, Shoulder clod, Brisket〈Bahan-bahan〉Untuk dua hidangan・300g daging lembu (dihiris)・1 biji bawang・2 telur rebus・2 batang kinome (putik daun muda pokok lada Jepun)・400g beras yang dimasak・140cc dashi (stok sup Jepun)・100cc mirin・60cc kicap kacang soya〈Bahan-bahan〉Untuk empat hidangan ・300g daging lembu (dihiris)・3 biji kentang・2 biji bawang・Minyak masak secukup rasa・8 biji kacang polong berkulit lembut・Yuzu (buah sitrus Jepun) secukup rasa・Stok・2 cawan (480cc) dashi (stok sup Jepun)・4 sudu besar (60 cc) kicap kacang soya biasa・4 sudu besar (60 cc) mirin (wain beras manis Jepun)〈Arahan〉1. Potong daging lembu menjadi 2 inci (5cm) jalur lebar.2. Potong bawang menjadi dua dan hiris halus-halus.3. Masukkan dashi (stok sup jepun), mirin, kicap dan bawang ke dalam periuk dan panaskan.4. Masak bawang sehingga lembut, rendahkan api dan masukkan kepingan daging lembu.5. Apabila daging lembu dipisahkan dengan baik, naikkan api dan masak sehingga daging lembu berubah warna. Berhati-hati supaya tidak terlebih masak.6. Isikan mangkuk dengan nasi yang dimasak dan litupkannnya dengan (5) di atas. Masukkan sos yang telah dimasak serasi dengan citarasa anda. Letakkan telur rebus dan kinome sebelum disajikan.〈Arahan〉1. Potong daging lembu menjadi 2 inci (5cm) jalur lebar.2. Kupas kentang dan potong menjadi lapan bahagian.3. Potong bawang memanjang menjadi baji.4. Tuangkan minyak masak kedalam kuali, masukkan bawang dan kentang kedalam kuali dan tumiskan kesemuanya. Apabila permukaan sayuran disalut dengan minyak, tambahkan daging lembu.5. Apabila warna permukaan daging lembu berubah, tambahkan stok dan naikkan api. Tutup periuk dengan penutup.6. Apabila stok telah direbus, tambahkan kacang polong yang telah dibuang seratnya.7. Masak di atas api sederhana sehingga cecair tersejat keseluruhannya. Pastikan sayur-sayuran tetap keras dan tidak menjadi lembap.8. Hiaskan dengan kulit buah yuzu dan hidangkan.Gyu-don adalah hidangan yang sangat popular Enjoying ©Japan Meat Information Service Center©Japan Meat Information Service Center20

元のページ  ../index.html#20

このブックを見る