WAGYU-JAPANESE BEEF PAMPHLET_MALAY
8/24

Lembu Hitam JepunKebiasaannya diternak di wilayah Kinki dan Chugoku, Lembu Hitam Jepun digunakan sebagai lembu kerja pada zaman dahulu. Baka ini berjaya dihasilkan semasa Era Meiji melalui kaedah kacukan dengan baka asing. Lembu jenis ini telah diperakui sebagai lembu asli Jepun pada tahun 1944. Ia dibesarkan dan digemukkan di seluruh Jepun, dan lebih daripada 90 peratus Wagyu yang dihasilkan di Jepun dihasilkan daripada baka ini. Jalur lemak halus dapat ditemui pada daging lembu jenis ini walaupun pada bahagian daging tanpa lemak. Rasa lemak itu sangat lazat, berkrim dan lembut seperti cair di dalam mulut seseorang.Lembu Coklat JepunJuga dikenali sebagai “Akaushi (lembu merah),” Lembu Coklat Jepun kebiasaannya diternak di wilayah Kumamoto dan Kochi. Baka ini berjaya dihasilkan dengan mengkacukkan Simmental (baka dari switzerland) dengan Akaushi, yang dahulunya digunakan sebagai lembu kerja semasa Era Meiji. Lembu jenis ini telah diperakui sebagai lembu asli Jepun pada tahun 1944.Lembu Jepun jenis Tanduk Pendek (Japanese shorthorn)Lembu Tanduk Pendek Jepun kebiasaannya diternak di Wilayah Tohoku. Baka ini dihasilkan dengan mengkacukkan Shorthorn (lembu dari utara England) dengan Lembu Nanbu asli. Lembu jenis ini telah diperakui sebagai lembu asli Jepun pada tahun 1957.Lembu Jepun jenis Sudut (Japanese Polled)Lembu Jepun jenis Sudut ini dihasilkan melalui kaedah kacukan antara baka Aberdeen Angus yang diimport dari Scotland dan Lembu Hitam Jepun (Japanese black) pada tahun 1920. Lembu jenis ini telah diperakui sebagai lembu asli Jepun pada tahun 1944.Wagyu dihasilkan dengan bantuan teknologi penambahbaikan Jepun yang unggul.Dengan bantuan teknologi pembiakan yang canggih, Wagyu telah berjaya mewujudkan pasaran daging lembu yang tiada tandingannya. Selain itu, teknologi canggih ini juga berjaya membantu mewujudkan sistem bekalan yang stabil dengan harga pasaran yang berpatutan.Lembu Coklat JepunLembu Jepun jenis Tanduk Pendek 8

元のページ  ../index.html#8

このブックを見る