WAGYU-JAPANESE BEEF PAMPHLET_MALAY
6/24

Wagyu, dibesarkan satu demi satu seperti sebahagian daripada keluarga.Dari saat kelahiran mereka sehingga penghantaran, setiap Wagyu diberikan nama dan dibesarkan seperti sebahagian daripada keluarga. Kelazatan Wagyu datang daripada kasih sayang penternaknya yang menyerap masuk ke dalam darah mereka.Bagaimana Wagyu dibesarkanWagyu anak lembu dibesarkan di ladang selama 7 hingga 10 bulan selepas kelahiran dan akan dihantar ke pasar lelong anak lembu. Selepas itu mereka akan digemukkan sehingga berat mereka mencecah 700kg sebelum penghantaran ke kilang.Pemberian susu diberhentikan tidak lama selepas kelahiran dan anak lembu tersebut disuap dengan susu buatan manusia satu demi satu seperti anak sendiri. Satu lagi contoh penjagaan lembu Wagyu adalah sesetengah ladang menyelimutkan lembu mereka dengan jaket kulit lembu buatan tangan apabila cuaca sejuk.Di ladang penggemukan, makanan diberikan kepada lembu Wagyu seekor demi seekor dan lembu-lembu tersebut diberikan nama setiap satu seperti keluarga sendiri.6

元のページ  ../index.html#6

このブックを見る