WAGYU-JAPANESE BEEF PAMPHLET_MALAY
2/24

Keunikan “Wagyu” Daging Lembu dari Jepun – mendapat perhatian seluruh DuniaMakanan Jepun sedang mendapat perhatian seluruh dunia. “Wagyu” Daging Lembu dari Jepun adalah makanan utama dari Jepun yang manarik hati orang dari seluruh pelusuk dunia.Wagyu: Sebuah karya seni. Kaya dengan sifat dan budaya makanan JepunBeras adalah satu keperluan dalam kehidupan seharian orang Jepun. Penternakan anak lembu telah menjadi satu keperluan dalam penanaman padi. Sama seperti di negara-negara lain, Wagyu juga bergantung kepada akar tunjangnya iaitu anak lembu, yang telah melalui penambahbaikan baka berulang kali didalam persekitaran yang kaya dengan ciri-ciri Jepun dan empat musim untuk menghasilkan baka yang berkualiti dengan kaedah sashi, atau “pemamaran.”Wagyu telah berkembang seiring dengan budaya makanan Jepun yang menghiris tipis daging dan mereneh daging bersama sayur-sayuran di dalam periuk, seperti sukiyaki dan shabushabu. Ia telah menarik perhatian dunia bukan sahaja sebagai bahan makanan berkualiti tinggi tetapi juga sebagai karya seni.Bukti keaslian: “Cop Universal Wagyu”Untuk memperkenalkan kualiti Wagyu yang tiada tandingan kepada orang di seluruh dunia, “Cop Universal Wagyu” ditubuhkan pada tahun 2007 dengan harapan orang di seluruh dunia dapat menikmati rasa asli Wagyu. Cop ini adalah bukti keaslian.2

元のページ  ../index.html#2

このブックを見る