WAGYU-JAPANESE BEEF PAMPHLET_MALAY
13/24

Sistem kawalan kebersihan dari peringkat pengeluaranSebagai kaedah kawalan kebersihan di ladang, kerajaan Jepun telah memperkenalkan sistem ladang HACCP. Kaedah HACCP yang digunakan dalam proses pembuatan makanan telah dipindahkan ke ladang untuk mencegah bukan sahaja pencemaran patogen dan mikroorganisma tetapi juga untuk mengelakkan sisa jarum suntikan dan untuk memeriksa lebihan antibiotik. Sistem kawalan kebersihan ini membolehkan penambahbaikan yang berterusan di ladang.sistem kawalan kebersihan di kilang pemprosesan dagingKebanyakan kilang pemprosesan daging Wagyu mempunyai pensijilan kawalan kualiti yang ketat seperti program ISO atau SQF (Safe Quality Food) dan HACCP untuk memastikan kebersihan dan keselamatan daging tersebut.Permohonan untuk mengeksport daging WagyuUntuk mengeksport daging Wagyu, rumah pemotongan harus memenuhi keperluan negara-negara pengimport. Jepun kini mengeksport daging Wagyu ke 49 buah negara dan wilayah (Sehingga Oktober 2015).Nombor pengenalan individu sepuluh angka sebagai langkah keselamatanLembu-lembu yang diternak di Jepun mempunyai nombor ID individu sepuluh angka. Berdasarkan undang-undang, kerajaan Jepun menguruskan jumlah lembu-lembu tersebut dan Pusat Pembiakan Binatang Ternak Negara menyediakan maklumat tarikh kelahiran, jantina, keturunan, sejarah ibu, sejarah relokasi, tempoh penggemukan, maklumat penyembelihan dan tarikh penyembelihan sebagai “Maklumat individu lembu ternakan”. (https://www.id.nlbc.go.jp/english/). Sistem ini telah disediakan untuk memberi pengesahan tempat pengeluaran dan pembiakan, mengelakkan pelabelan palsu dan juga memastikan penjejakan boleh dibuat sekiranya berlaku kemalangan.1313

元のページ  ../index.html#13

このブックを見る